Labels

photo (19) cerita (8) paradigm (7) sekolah (6) birthday (5) dream (5) heart (5) teaching (5) video (5) TESL (4) amad (4) expressing thoughts (4) Trust (3) art (3) family (3) feeling (3) friendship (3) love (3) practicum (3) aku (2) alam ghaib (2) best (2) dugaan (2) friend (2) hantu (2) inggeris (2) islam (2) islamhood (2) knowledge (2) melaka (2) poem (2) Asam pedas (1) Momo (1) assignments (1) bung (1) bus (1) food (1) holiday (1) kan best (1) konvo (1) plan (1) senarai semak (1) serindit (1) spiders (1) terengganu (1)

Saturday, October 25, 2008

masih mencari identity??

[exam mode]

aku masih mencari identiti. mencari sebab aku belajar. aku seakan2 lupa, pada motivasi yang pernah aku ada sebelum ini. ntah mengapa, diriku terasa tergapai2 di awangan..terlalu berkecamuk, terlalu berserabut..

aku perlu kepada ketenangan, ketenangan utk memberi aku masa untuk berfikir. isk. pabila mendapat ketenangan, aku terus tidur. ape daa.. hurm.. mungkin bukan ketenangan itu [suasana hening, diam and sunyi] yang aku perlukan. ketenangan hati. hati ini sentiasa hiba. ntah mengapa. sentiasa berusaha mencari tumpuan. tapi payah. kawan-kawan? masing-masing sibuk dengan masalah sendiri. ntah. mereka seolah menjauhkan diri [owh, jgnlah aku pikir negatifff]. tidak. mereka tidak mengelak, tapi tak nampak kegusaran jiwa aku melodak kembali. waduhh..

takpe. lupakan apa yang menyakitkan.

teruskan dengan usaha ku untuk memotivasikan diri. hurm. motivasi diri?? ade ke? hurm..
aku da lupa.. yang apa yang memotivate aku dulu ialah "semuanya kerana ALLAH dan untuk MakAyah aku"

as simple as that. tapi sekarang, rational aku menikam-nikam dari belakang bertalu talu.. menghalang my ketenangan untuk mengecapi keindahan MOTIVASI aku itu. kenapakah? hilang nilai murni dalam diri? atau terkesan dengan suasana yang agak sukar di bumi Melaka ini? apakah?

mudahnya aku goyah dengan kelemahan aku. mudahnya aku dipesongkan dr dunia ILMU. aku lupa, dulu aku amat suka pada ILMU Allah, dan sekarang? aku alpa nestapa. ntah kenapa. mungkinkah kerana aku DIAM? dulu aku hidup di kelilingi kawan-kawan pengubat duka, penghias tawa. tapi sekarang? aku hidup di dunia aku. dunia maya bergelar blogger. [tak pashal-pashal blogger dipersalahkan, da xde sgt ke subject yg nk di attack?]

erk! bukan itu maksud aku. aku maksudkan.. betapa lemahnya motivasi diri ini..
aku tidak nampak pengorbanan mak ayah untuk aku teruskan belajar bersungguh-sungguh. kenapakah?

aku pun mula mencari.. mengetik-ngetik mouse and keyboard. mencari mood. dan aku ketemuan. ku saksikan. ku berlinangan. ku menangis. aku tengok iklan petronas. untuk deepavali 2008 kat sini.

sedih. teringat mak ayah. Ya ALLAH, pinjamkanlah aku ilmu Mu, Ya Allah. berkatilah aku. aku mahu belajar. Maaaaaakkk Ayyaaahhhhh....

5 comments:

musafirah_amani said...

Hidup tak selalunya indah dan langit tak selalu cerah..Dunia ini tmpt persinggahan, dan kadangkala cukup memenatkan..Pada saat tiada manusia yg mampu menolong, hanya Allah yang satu tempat bergantung..Yang pasti, sama2 la berusaha untuk mencari kebahagiaan dengan cara yg tersendiri supaya tidak ada terselit rasa berputus asa.. Moga Allah mudahkan jalan dalam kehidupan ini..Insyaallah..doa bnyk2.. sempena exam ni, maaf andai ada salah silap and x mampu nak jd shbt yg terbaik..saya sngatlah x sempurna..dan masih lagi memperbaiki diri..moga terus tabah dlm hadapi cabaran hidup..

yoshz said...

belajar la rajin2!

valsa nine said...

musafirah :
btol tu cik. sy akan berusaha.

ku juga mohon maaf sekiranya ade salah silap.

yuk! sama2 berusaha.

***********

yoshz:
baikk! [tabik hormat]
ade hadiah x? hihi

stu_comot said...

lets try our best for diz sem final xm..la tahzan. iinallah ha ma'ana..

valsa nine said...

stu:

yuk! let's do dat..

erk! kne blaja arab lagi ni.. xpaham sgt dahh skrg nii.. kalo tulis arab ok kot. huhu