Labels

photo (19) cerita (8) paradigm (7) sekolah (6) birthday (5) dream (5) heart (5) teaching (5) video (5) TESL (4) amad (4) expressing thoughts (4) Trust (3) art (3) family (3) feeling (3) friendship (3) love (3) practicum (3) aku (2) alam ghaib (2) best (2) dugaan (2) friend (2) hantu (2) inggeris (2) islam (2) islamhood (2) knowledge (2) melaka (2) poem (2) Asam pedas (1) Momo (1) assignments (1) bung (1) bus (1) food (1) holiday (1) kan best (1) konvo (1) plan (1) senarai semak (1) serindit (1) spiders (1) terengganu (1)

Wednesday, December 24, 2008

kisah cuti...

"aku taknak keluar. bluewwrkk.. kau gila.kau bengong."

itulah antara jeritan adik aku yang terkena gangguan jin dan syaitan. sejak dia keluar dari hospital sabtu lepas (28 november), matanya boleh melihat yang tidak boleh dilihat atau dengan kata lain, the unseen.

The unseen ini memenuhi ruangan rumah kosong dihadapan rumah aku dan ruangan hutan di belakang rumah aku. perkataan seperti rupa-rupa yang menakutkan di atas tangga, beranda, depan rumah, di dalam akuarium, di tingkap adalah perkara biasa sepanjang 5 hari adik ku ini sakit teruk.

ahad.
lebih kurang 7 petang.
adik aku mula meracau. dikatanya ada orang tua berbibir biru datang gigit dirinya. kaki dan tangannya mula terhuyung hayang.. dia merasa seperti ditarik-tarik. kami adik beradik berusaha memegangnya. dia kata, dirinya mahu dibawa oleh 4 lembaga ke tempat lain. ke hutan. atau ke mana saja. gangguan tamat setelah berjaya menidurkan adik aku itu.

kami suspect gangguan bermula selepas menonton cerita Long Khong 2. dikatakan apa-apa yang berlaku dirumah, boleh triggers those things, termasuk muzik, cerita2 dan sebagainya kerana kita sedang mengundang dan menguatkan syaitan dan jin dan mewujudkan suasana tidak elok/tenang untuk malaikat berkuasa dalam melindungi.

isnin.
lebih kurang 3 petang.
aku dan adik aku 2 orang yang paling kecik keluar membuang sampah dari pintu belakang ke pagar depan. masuk je dalam rumah, adik aku tu mula mengatakan ada yang menarik-narik kakinya. dan kemudian, tangan dan kepala, dan kami adik beradik yang lain sibuk memegang dirinya yang sudah hilang kawalan anggota badan.

tidak tahan dengan gangguan itu, kami bertindak menelefon mak kami di tempat kerja. keadaan semakin kronik. kami bertindak ke masjid Telipot yang selalu di imarahkan. kata adikku, the unseen mengikutnya ke masjid tapi tidak dapat masuk ke perkarangan masjid dan duduk di bumbung rumah-rumah berdekatan.

****************************

nanti aku cerita lagii...
inilah punca tensi aku namun aku masih belajar tentang kehidupan...
cuti ni memang sibuk dengan banyak dugaan...
sbb tu previous post mcm org sewel!




Friday, December 19, 2008

i'm not DAT stupid (aku bukan budak kecik!)

why people dont see that i'm also sacrificing a lot?

He always sees me as trash. No way i could make him proud.
Yes. i know. He's in great stress. But everybody also feels like him. we're all encountering the same great challenge, just in different angle!
i dont know if it's just the anger, but having said that he hates me for what i've done, sacrificed, as if i wasnt appreciated at all. all he saw was my bad, bad and bad. may be it's time for me to run away. he never supported me in anything new i want to indulge myself with. he never agreed until someone else told him to or someone else had achieved the goal thru the road I wanted to take.

why? huh!
it's just him. the way him be. i know i should be proud of what he is but sometimes i felt that i couldnt, not that I deliberately dont.

wutever it is, although how sick he felt for me, i should never be down nor disrespect him.
Oh Allah, gimme great strengths to face this life. Grant all our wishes to be well in this world and Hereafter.

Plz, O Almighty God, Punish and Burn all the satans and Jins who troubled us. Let us be strong and Save us from them and ourselves.

p/s: i feel like screaaaaaammiiiiiiiingggg!!!

Tuesday, December 9, 2008

eidul adha di Kota Bharu...

8hb December 2008.
630 pagi. ahmad, adik bongsu aku, 6 tahun, bangun untuk ke toilet. aku tengok jam, alamak, dah lewat ni. Subuh! dah la hari raya! sekarang ni total members dalam rumah aku adalah 11 orang. isk. sempat ke nak bersiap.

8 pagi. semua bergegas ke masjid telipot untuk solat sunat hari raya aidiladha.
aku? masih menunggu yang lain bersiap. agak jarang boleh bersiap awal. hehe
815 pagi. sempat ke masjid dan bersolat di tingkat atas walau aku tengok sudah ramai yang bertindak memilih untuk solat di bawah khemah.

9 pagi.
tiba di rumah. dan breakfast. makan roti goreng, adik aku anis yang sediakan. yummy!
dan 1030pagi, tiba di rumah pak saudara aku, PokSuMey di Ketereh, Kota Bharu, Kelate.
makan lagi. haha. bihun, pulut pagi dan tapai. best!

kul 12tghari. my relatives yang lebih kurang 14 keluarga, berkumpul untuk upacara korban. kali ini, 2 ekor lembu. dan proses penyembelihan, pelapahan, pemasakan, pemakanan bermula. 3 petang, persiapan hidangan sedia. menu kali ini, Singgang Daging, Daging Goreng dan Sayur Goreng. dan semasa proses pelapahan, pembakaran daging tersebut juga diadakan.

sangat best! BBQ in process. dan selepas membahagi-bahagikan daging2 tersebut mengikut 7 bahagian masing-masing, Lembu 1 memberikan 5kg each bahagian dan Lembu 2 memberikan 6.5kg each.

sambil bincang2 dan bersedia untuk akad korban kerana Allah..

antara yang hadir...



abang aku usik ahmad..


buang kulit...


proses pelapahan...



sempat lagi posing adik2 aku ni..

kali ini, raya haji adalah best seperti yang sebelumnya. kita semua enjoy!! hehe sangat meriah dan menyeronokkan. i like! ngee sungguh meriahh..

p/s: aku update ni pun, xsempat nak bebel panjang, sebab hari ni nak gerak ke Pengkalan Kubor untuk shopping dan ke Tumpat untuk ke majlis Aqiqah anak sepupuku. huhu =)