Pernah tak kau rasa…
Yang kau tidak rasa apa apa?
Yang kau hilang arah dan tujuan hidup?
Tiba tiba, kau tidak fahami apa yang berlaku kepada diri kau?
Berkali kali meminta pedoman dan cinta dari yang Agung
Kerana engkau hilang nikmat kehidupan?
Yang engkau tidak tahu apa yang hendak dirasai
Engkau tidak rasa gembira..
Tidak rasa sedih
Tidak rasa resah mahu pun sakit
Hidup kau jadi seperti kayu
Begitu monotonous… begitu lurus di mana
Tiada apa yang hadir
Yang boleh mencabar diri
Kau seolah olah di awangan
Seorang diri.. . tergapai gapai
Mencari maksud and tujuan hidup
Kau sedar kau ada keluarga, kawan kawan, handphone, computer dan binatang peliharaan..
Tapi
Kau masih mencari.. dan belum mendapat kepastian
Adakah engkau penting dalam hidup mereka…
Engkau penat memikirkan..
Apa yang bakal terjadi sekiranya kau tiada lagi di bumi ini.
Tidaakkk
Engkau tidak mampu untuk mati
Bukan tak bersedia.. tapi takut amal tak cukup
Ya lah. Dosa sentiasa melebihi pahala.
Begitu kerdil insan ini yang bernama engkau
Engkau juga tidak mampu untuk mati…
Kerana engkau mahu membalas jasa kedua ibu bapa kau
Bukannya dapat betul betul balas
Tapi sekurang-kurangnya,
Dapat rasa hasil titik peluh sendiri memerah keringat di pagi hari mencari secebis rezeki yang halal
Adakah aku terlalu matre? Terlalu materialistic yang suka akan nikmat dunia berbanding akhirat?
yang sudah tentu lebih kekal daripada dunia yang sekejap saja?
Adakah ini yang menyebabkan aku hilang nikmat hidup?
Kerana menjadikan duit sebagai tujuan hidup?
Jikalau begitu Ya ALLAH..
Bawalah aku ke jalan yang benar
Izinkanlah memohon taubat.. terimalah taubat aku
Kembalikan nikmat hidup aku…
Dan wujudkanlah cinta abadi dalam hati ini
Cinta kepad Mu Ya ALLAH
Kerana seolah olah.. hati ini amatlah tawar
Dengan kemanisan dan kepahitan Cinta
Bukan ku doa untuk kemudaratan, tapi Cinta Mu sungguh Indah khabarnya
Berilah aku peluang merasainya
Ya ALLAH
Tolong lah.
Bantulah hamba Mu ini.
Jauhi aku, keluargaku, guru guru dan sahabat2 aku dari kekufuran dan kefasikan.