Labels

photo (19) cerita (8) paradigm (7) sekolah (6) birthday (5) dream (5) heart (5) teaching (5) video (5) TESL (4) amad (4) expressing thoughts (4) Trust (3) art (3) family (3) feeling (3) friendship (3) love (3) practicum (3) aku (2) alam ghaib (2) best (2) dugaan (2) friend (2) hantu (2) inggeris (2) islam (2) islamhood (2) knowledge (2) melaka (2) poem (2) Asam pedas (1) Momo (1) assignments (1) bung (1) bus (1) food (1) holiday (1) kan best (1) konvo (1) plan (1) senarai semak (1) serindit (1) spiders (1) terengganu (1)

Wednesday, November 5, 2008

tiada tajuk

kerna tiada entry

whahaha..
saya nakkk sangat update my blog, tapi tidak ada tulisan/hujah yang mampu saya sampaikan pada dunia. huhu

ni mungkin penangan semalam dah last paper untuk sem 1 year 4 saya ini [malas yang teramat!]. uhh.. 1 more sem to go! dan insyaAllah, saya jadi cikgu praktikum sejurus menamatkan final exam next sem! huhu ^-^

da lama tak jadi cikgu. dulu, masa 2nd year, cuti panjang, saya bekerja sebagai cikgu sandaran-tak-berapa-terlatih di salah sebuah sekolah agama swasta di kampung saya. huhu.. kampung saya adalah sebuah kampung yang bandar.. i loikkkee!! ngeeee

ok, cerita pasal masa kat sekolah ni, saya rasa happy sangat mengajar.. tapi selalu masalah dengan admin. menciiii !! hurm, best kan kalo tak payah nak deal banyak dengan admin. adehh...

apa pun, ajar budak budak sekolah rendah sangatlah seronok [walaupun kadang2, tiba2 rasa tak seronok langsung! wOha!] ada satu masa tu, oleh kerana condition kelas tu yang crowded, saya tak sempat nak control kelas [dan saya masih baru!].. melihatkan ada beberapa orang murid saya yang keluar kelas sambil tergedik mahu main2 bersama rakan taulan, saya pun panggillah diorg masuk balik kelas.

"masuk, masuk saya kata!"
"ala teacher..."

dan ada 2 3 orang yang lincah, berlari2 hingga ke padang! saya dengan berani memarahi mereka dengan nada menyindir + warning benda yang hebat bakal berlaku jika tak paham arahan [nak buat macamana, ni cara mak saya tegur kitorg adik bradik..ngeee]

"haa.. pergilah keluar.. pergilah kalau berani!"

budak tu, dengan confidentnya berteriak ke dalam kelas,
"kawan kawan, cikgu suruh keluar main kat padanggggg! jOmmmm!"

sap!
zap!
"hahhhh??!!"

aku terus terkesima akibat mengeluaran beramai2 kawan2 mereka daripada kelas tu. maka, aku yang masa tu bertudung labuh [note: jadi teacher kat skolah rendah agama], terpaksalah berlari sambil cover line memanggil puak2 khianat itu untuk masuk balik dlm kelas!

fuhhh!! penat wei. kenapa la diorg tak kasi aku subject PJ je?? mane taknya, berkejaran di tengah padang di kala matahari tegak di benak kepala dengan kanak2 riang seperti mrk! terasa muda pulak [dan aku memang masih muda].. wOha!

haha. teringat balik itu semua, aku boleh gelak sorang2. tapi taklah sampai berdekah2 seperti selepas baca entry dan komen2 di blog Sifu Yoshz dan Mr.Jime! whohoho

apa pun, hari ni.. aku pikir nak kemas rumah sebab malam ni InsyaAllah balik kampung. Semalam gi beli tiket kat Melaka Sentral sebaik habis je my Last Paper this sem!! yey!

nota kaki: budak2 tu darjah 3, dan itu kelas sume laki! adehh.. pernah baju kurungku terkoyak sebab meja mereka diadakan paku yang tak jelas fungsinya! adehh..

nota tangan: aku tergerak nak tulis pasal cikgu yang tiada tajuk ni sebab kagum dengan cikgu Padelkopak!

huhu ^-^

8 comments:

fadzil hafiz said...

peh!!lu abadikan nama gua dalam entri lu.ni bley bikin gua terharu nih!

*xpe nnt gua akan bg mkn kura2 lu secara pukal*

indah-chan said...

whaha.. iyer2.. sila2.

kura2-kun tu emangnya suka santapan2 click-kan dr jejaka2! hahahampehh..

Hajime said...

kalau aku...
rasenye prefer jage dak skola menengah...
(pengaruh gto terhadap rakan sebaye)

poyotito said...

subjek bermain di padang adalah subjek paling solid sepanjang zaman

indah-chan said...

hajime: budak skolah menengah banyakkk sgt social problems. kalo cikgu laki, senang sket kot!

Poyotito's : ye! bermain di padang kene wajib utk elak drp kecelakaan kanak2 terhadap penjahanaman terhadap harta sekolah.
wOha!

fadzil hafiz said...

lu bile nak update ni?

*hostel gua dulu pon guna istilah kareb gak!!siap ade bdk yg kena panggil mat kareb lagik sbb cakap tegang urat leher....

indah-chan said...

adeh.. tgh curi masa nk update. maklumla da balik umah, byk mase kne commit tu household chores. huhu.

lagi pula sedang sibuk cari side income. scholar xbpe nak cukup nk cover nex sem! whuhuhu

ape pun, akan ku update! ^-^

alif-mikail said...

peh! ni koi jeles tahap cipan.. cipanzi ni..