Labels

photo (19) cerita (8) paradigm (7) sekolah (6) birthday (5) dream (5) heart (5) teaching (5) video (5) TESL (4) amad (4) expressing thoughts (4) Trust (3) art (3) family (3) feeling (3) friendship (3) love (3) practicum (3) aku (2) alam ghaib (2) best (2) dugaan (2) friend (2) hantu (2) inggeris (2) islam (2) islamhood (2) knowledge (2) melaka (2) poem (2) Asam pedas (1) Momo (1) assignments (1) bung (1) bus (1) food (1) holiday (1) kan best (1) konvo (1) plan (1) senarai semak (1) serindit (1) spiders (1) terengganu (1)

Saturday, December 5, 2009

ini cerita amad ^__^

Ahmad.. or (lebih mesra di kenali sebagai Amad)
Suka sangat tengok kartun..
Ye lah. Kakak dan abang borek,
Adik rintik.
Haha
(bukan ini yang aku nak ceritalah)

Amad,
Suka sangat berpantun,
gara-gara asyik sangat menonton Upin dan Ipin.
Tapi Upin dan Ipin tidaklah menjadi tumpuan utama Amad,
Kerana dia lebih gemarkan pengembaraan Benjamin Tennison,
Atau lebih dikenali sebagai Ben Sepuluh (Ben 10)
Hehe

Kes 1 : Pantun

Suatu hari, Amad bersuara;

Buah Cempedak di Luar Pagar,
Tak ada pokok, sila tumbuhkan,


(dia sambung lagi)

Saya budak baru belajar,
Saya berak dalam seluar.


Hahah
Habis satu keluarga gelak.
Iyalah, siapa sangka Amad akan berpantun secara tiba-tiba

Kes 2 : Debat lah pula…

Suatu pagi Khamis yang hening, diiring rintipan kasih sang langit lantaran kerinduan pada pancaran cinta sang mentari yang tidak kunjung tiba…Amad tersedar dari tidur.

Malam itu, kami berpelukan. Haha. Amad dimarahi ibu, dan mendakwa dihalau keluar dari bilik ibu untuk tidur di bilik aku.

“Amad bo tido bilik mok. Gi nuh tido nge kakak!!” ajuk Amad tentang bagaimana ibuku ‘menghalaunya’ keluar.

“tapi Amad sokmo tido peluk mok. Sedak kak peluk mok…”

Apa-apa saja lah Amad. Kami bukan berpelukan. Haha. Aku memberi sebelah tangan aku untuk dia peluk sehinggalah dia tertidur. kasihan sungguh si Amad ni.

Pukul 4 pagi… Amad tidak senang duduk, maksud aku, tidak senang tidur. Dia asyik terjaga. Aku dengan rasa kasihan menyarankan Amad untuk pergi ke bilik ibu.

“Malah ah. Mok halau Amad”, rajuk Amad. Lalu dia sambung tidur yang berposisi entah apa-apa.

Pagi itu, berbalik pada scenario iringan hujan, Amad terus berkata-kata apabila aku bingkas bangun untuk menyeterika baju kerja ibuku.

“Kak, mok kijo pulok ko hari ni” (walhal mak aku dah cuti sehinggalah hari Khamis atau Rabu, aku lupa)

“Ho lah. Mok kijo”, balas aku.
“Mok tu kijo hari-hari balik lewat.. berapo gak gaji mok nyoh bule bule (setiap bulan) ? Kalu Amad kijo natih, Amad nok gaji 3 ribu sbule.”

Mak aku pun jawab. “ hamboih.. nak makan gapo gaji 3ribu sbuley kalu kijo seksok gak? Pasir?”

Hahahah. Kami semua senyum bahagia diikuti gelak sakan apabila Amad yang bermuka yakin (confident) terpinga-pinga.

Apa lah Amad, baru darjah satu, dah fikir tentang gaji. Enjoy your time being a kid, kiddo! Nasib baik dia tak pernah tanya berapa gaji aku. hahahaha

5 comments:

merahjamboo said...

hehehe....kelakarla adik nisa ni,dudok2 innocent ginilah;p

sushi_me said...

kelaka la amad tu..hehe..kem slm ko dio deh..kabo.kakak comey kem slm..haha

classywardrobe said...

ala..rindunye ngan telatah amad ni. suatu hari nanti akan jd budak yg pandai dan berbakti pd keluarga..amin.

Anonymous said...

kekeke..amad mmg..ade2 je..tigt plak die blh tny knp tulang owg kecik sgt..hahaha..ayt direct: knp owg kuwuz kering..huhu...

Anonymous said...

kekeke..amad mmg..ade2 je..tigt plak die blh tny knp tulang owg kecik sgt..hahaha..ayt direct: knp owg kuwuz kering..huhu...