Labels

photo (19) cerita (8) paradigm (7) sekolah (6) birthday (5) dream (5) heart (5) teaching (5) video (5) TESL (4) amad (4) expressing thoughts (4) Trust (3) art (3) family (3) feeling (3) friendship (3) love (3) practicum (3) aku (2) alam ghaib (2) best (2) dugaan (2) friend (2) hantu (2) inggeris (2) islam (2) islamhood (2) knowledge (2) melaka (2) poem (2) Asam pedas (1) Momo (1) assignments (1) bung (1) bus (1) food (1) holiday (1) kan best (1) konvo (1) plan (1) senarai semak (1) serindit (1) spiders (1) terengganu (1)
Showing posts with label alam ghaib. Show all posts
Showing posts with label alam ghaib. Show all posts

Friday, January 29, 2010

mati itu pasti.. kubur macamane?



Sedang aku melalui laluan sempit itu, aku terlihat petak-petak garis yang bersegi empat tepat, dicucuk kayu kuning merah sebagai penanda. Terus aku teringatkan benda yang sama di kawasan perkuburan di depan Bukit China di Melaka. cuma bezanya, di sana, kayu penanda dan benang putih digunakan.

Aku : weh, anis. aku nak pilih yang bawah pokok wei, nampak cam sejuk je kawasan Telipot ni. tapi tak tahu nak kaler mende, kuning ke merah? dua-dua aku suka..

Anis : pilih? weh sedara mara semo tanam kat Tumpat la.

Aku : taknak ah kubur kat Tumpat, panas. direct sunlight. sini ada pokok besar.

Anis: mung gilo! sama je kubur mana-mana. gilo! %@^%*@&Q^#WQ*^

Aku: ahahahaha. ye la weh. mase aku g Sibu last week, abg wan tu pusing 3 ke 4 kali dekat kedai coffin orang cina and christian. dia cakap, those coffins tu ada yang cost up to RM3k. and ada yang well-equiped with battery wired air conditioner.. sejuk and cool tuu.. yela.. nak queue nek atas langit, takut body panas duk tdo dalam coffin tu kan.. tp paling lama boleh tahan 2 hari. may be nak suh body adjust to the comfy yet narrow room tu kot. lepas 2 hari, pandai-pandai la nak mati.. :P

Anis: mengom!

Selang 3 minggu, dalam perjalanan balik dari Pantai Geting sebelah Pantai Sri Tujoh, Tumpat.



(Jangan tertipu, ni gambar hiasan. tapi kawasan perkuburan yang kat Geting tu hebat sangat, di lereng bukit kecil, bersebelahan tasik dan diseberang jalan, terus ada ombak menghempas pantai..)

Aku : Weh lok Mok, acu kelih kawasan sini ni, comey laa.. berangin molek. doh la dekat gilo nge pantai. pado kat Tumpat tu, panah ceng ceng.

Mok : sedak nih sinih. berangin, jolo doh. pah bakpo?

Aku : Ore nok kubur sini ah. comey, sejuk, berangin, pah boleh dengar ombak menghempas pantai. nampak tenang jahh..

Mok: ho la deh. mugo nati puah-puah (bosan) boleh lepak kat pantai deh?

Aku : ahahahaha. betul. best tuuu..

entah apa la yang dalam kepala otak aku ni.

apa-apa pun, semua nya terletak pada amal kita. banyakkan bertaubat dan berastaghfirullah. kalo kita ikhlas beramal dan elak kemungkaran, nescaya Alquran berupa bidadari/a yang bercahaya akan menemani kita yang seorang diri dalam tanah tu nanti sesampainya Hari Kebangkitan. Sesungguhnya, ingatlah.. mati itu pasti.

live your life wisely, and time wait for no man. kun fayakun.. tetapkan hati kepadaNya.

Wednesday, December 24, 2008

kisah cuti...

"aku taknak keluar. bluewwrkk.. kau gila.kau bengong."

itulah antara jeritan adik aku yang terkena gangguan jin dan syaitan. sejak dia keluar dari hospital sabtu lepas (28 november), matanya boleh melihat yang tidak boleh dilihat atau dengan kata lain, the unseen.

The unseen ini memenuhi ruangan rumah kosong dihadapan rumah aku dan ruangan hutan di belakang rumah aku. perkataan seperti rupa-rupa yang menakutkan di atas tangga, beranda, depan rumah, di dalam akuarium, di tingkap adalah perkara biasa sepanjang 5 hari adik ku ini sakit teruk.

ahad.
lebih kurang 7 petang.
adik aku mula meracau. dikatanya ada orang tua berbibir biru datang gigit dirinya. kaki dan tangannya mula terhuyung hayang.. dia merasa seperti ditarik-tarik. kami adik beradik berusaha memegangnya. dia kata, dirinya mahu dibawa oleh 4 lembaga ke tempat lain. ke hutan. atau ke mana saja. gangguan tamat setelah berjaya menidurkan adik aku itu.

kami suspect gangguan bermula selepas menonton cerita Long Khong 2. dikatakan apa-apa yang berlaku dirumah, boleh triggers those things, termasuk muzik, cerita2 dan sebagainya kerana kita sedang mengundang dan menguatkan syaitan dan jin dan mewujudkan suasana tidak elok/tenang untuk malaikat berkuasa dalam melindungi.

isnin.
lebih kurang 3 petang.
aku dan adik aku 2 orang yang paling kecik keluar membuang sampah dari pintu belakang ke pagar depan. masuk je dalam rumah, adik aku tu mula mengatakan ada yang menarik-narik kakinya. dan kemudian, tangan dan kepala, dan kami adik beradik yang lain sibuk memegang dirinya yang sudah hilang kawalan anggota badan.

tidak tahan dengan gangguan itu, kami bertindak menelefon mak kami di tempat kerja. keadaan semakin kronik. kami bertindak ke masjid Telipot yang selalu di imarahkan. kata adikku, the unseen mengikutnya ke masjid tapi tidak dapat masuk ke perkarangan masjid dan duduk di bumbung rumah-rumah berdekatan.

****************************

nanti aku cerita lagii...
inilah punca tensi aku namun aku masih belajar tentang kehidupan...
cuti ni memang sibuk dengan banyak dugaan...
sbb tu previous post mcm org sewel!